KEMBALI..
Hebahan Kajian Keperluan Penggunaan Aplikasi GIS di Agensi-Agensi Kerajaan

KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNAAN APLIKASI GIS DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN

 tombol-klik-di-sini.png


Merujuk kepada perkara di atas, Pusat Geospatial Negara (PGN), bahagian di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) yang bertanggungjawab dalam memperkasakan pengurusan sumber maklumat geospatial sedang membuat kajian keperluan Geographic Information System (GIS).

 

2.   Untuk makluman, GIS merujuk kepada sebuah sistem maklumat geografi yang bertujuan dalam pengurusan maklumat, pengolahan, penganalisaan dan pengeluaran maklumat yang sering dikaitkan dengan data berbentuk peta, pelan dan lokasi.

 

3.   Kajian ini dibuat atas inisiatif untuk memperluaskan penglibatan agensi-agensi Kerajaan dalam bidang geospatial, selaras dengan era pendigitalisasi Revolusi Perindustrian (IR 4.0) bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, malah mampu untuk membantu proses membuat perancangan dan pemantauan di Agensi dengan lebih mapan melalui analisis GIS.

 

4.   Kajian Keperluan Aplikasi GIS di Agensi Kerajaan ini diharapkan dapat mengenalpasti isu-isu dan cabaran dalam proses kerja semasa, serta keperluan untuk mewujudkan aplikasi GIS yang holistik dan bersepadu di agensi-agensi Kerajaan.  Bahagian/Jabatan yang berminat adalah dimohon untuk melengkapkan soal selidik di pautan google form seperti berikut https://forms.gle/ZaXZHbNNCKHCanHWA   selewat-lewatnya pada 1 Jun 2021 (Selasa).​


Attachments